Lima tahun menghilang, Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, kembali ke gelanggang politik dan bertanding atas tiket parti Warisan bagi kerusi Parlimen Pandan.<br /><br />Ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Warisan Kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia Dalam PRU15,Tee Keat berkata, beliau kembali dengan harapan mahu membawa acuan dan semangat bersatu padu rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.
